Monday, December 24, 2012

congratulation!!

dear blog..
how are you my dear??
lame kiter x cit cat da kn..
i bz kot nk cit cat ngn u.. huhuhu

ok my dear blog..
lately byk btl dgr citer pasal kawen2 mklom la cuti skolah en..
n of coz my family pon x ketggalan memenuhkan cuti skolah
ni dgn kenduri kawen!! mcm xde hari len.. haiya!!

so, congratulation to my sis n as well as to myself because dh ader
abang ipar!! hahah jap g ade pulak la ank sdara.. uuww x saba nyer!! (over dr akak)
x sgka pulak akak dh kawen dh on 23/12/12.. so tahniah pd die..

erm n mcm bese la kalu dh akak kawen adik nyer pon mst dpt tempias femes skali..
time kenduri huiyo!! da mcm artis dh aku jwb soklan2 dr tetamu yg dtg.. mcm bese
hot question la yg aku dpt.. "skrg akak nye adik nyer bile lg pulak??"
haiya cmner r nk jwb soklan ni, calon pon x taw lg ntah sape2.. huhuhuhuh..

mjlis kenduri kawen akak mmg best n meriah sgt.. mmg penat r layan tetamu tp best!!
aku terasa mcm x saba nk kawen la pulak en bile tgk wedding org.. tp x taw lg la en
bila la dpt wat wedding sndri 2, ntah2 xde lgsg kot.. huuuaaawaaa mcm sdh jer (T_T)
k la smpai cni jer nk bebel papai..

hiasi diri dengan akhlak dan budi pekerti

Thursday, October 25, 2012

welcome back

dear blog...
huhuhu rasanya lama bebenor lah x menulis kt blog tercinta nih..
kecian dear blog kena tggal sorg2 dlm masa yang agak lama kn..
rindu jugak lah sometime tapi apakan daya masa menghalang utk menulis..
dear blog nak tau,
after tamat jer exam last final diploma trus bz kerja smpai x ingat benda len dh.
kerja punya kerja tetiba satu hari keluarlah surat tawaran utk sambung degree.
masa 2 seronok x terhingga sbb Alhamdulillah dapat jgk truskn blaja smpai degree..
ni mmg satu kurniaanNYA yang sgt2 dihargai n teramatlah disyukuri..
dalam debaran untuk menunggu keputusan tmpat tok smbung degree adalah angan2
tmpat yang mgkin akan dapat nnt cntoh mcm uitm puncak alam, dungun, or shah alam mybe
sekali tup2 bila result keluar booMMM!! WHAT?? KOTA BHARU, KELANTAN??
JAUHNYA!!!!! uh xde lgsg dalam senarai yg diangan-angankan. apa lagi mulut trus jd
terkunci dan tergamam smpai x terkata n dlm hati berharap sgt ini adalah satu kesilapan..
dengan harapan menggunung bahawa ini adalah satu kesilpan pada keesokan hari nya cuba check lagi sekali
n jawapan yang diterima proses oleh otak tetap sama iaitu KOTA BHARU KELANTAN. dalam hati
berkata "xda tempat lg jauh ker yg uitm ni nk bg??" uurrghh!! sgt tidak suker!! tapi bak kata pepatah x kenal maka x cinta n setiap apa yang dh ditetapkan 2 mst yang terbaik n kita mst mampu utk handle segalanya.
so terimalah seadanya dengan redho n cube nk bina interesting moment kt Kelantan..(",)

Saturday, June 16, 2012

Sunday, April 8, 2012

5 perkara sebelum ape2..

 Dear Blog..


(1)  cari kerja
(2)  amek lesen
(3)  siapkn manuskrip novel yg tertangguh-tangguh
(4)  marathon movie
(5)  hangout dgn member

wassalam..

Tuesday, April 3, 2012

kita enjoy!!





alhamdulillah saat2 getir genting
dan bermacam lg perasaan yang timbul
before final exam akhirnya telah hilang tepat
pada jam 5.15pm 28/3/2012..
satu waktu yang sangat dinanti-nantikan
dengan penuh kesabaran dan sedikit debaran,,
akhirnya berjayalah seorang insan memegang
status sebagai graduan lulusan diploma in business management.
hooreyy!!! yuhhuuu!! yippii...
smoga result yang bakal diterima hasil penat lelah
usaha yang dicurah untuk final semester ini mampu untuk
meleretkan senyuman sampai ke telinga.. uhuhuu..
anyway, congratulation 2 all my friends
sbb korg pon da abis dip jgk..(^_^) 

Tuesday, March 6, 2012

SAATNYA SEMAKIN HAMPIR..

Ya Allah..
saat yang ku nanti selama ini semakin hampir..
tapi persediaanku ke arah itu belum cukup lagi..
banyak lagi yang perlu ku lakukan..
banyak lagi yang perlu ku laksanakan..

 Ya Allah..
 andai kejayaan itu milikku,
dekatkan lah..
andai kejayaan itu milikku,
keluarkan lah..
andai kejayaan itu milikku,
tunjukkan lah..

Ya Allah..
tenangkanlah diriku..
tajamkanlah fikiranku..
kuatkanlah daya ingatanku..
damaikanlah hatiku..

Ya Allah...
bantulah aku hambaMu yang lemah..
hanya kepadaMU aku berharap..
hanya kepadaMU aku memohon dan meminta..
kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada ku
serta rakan-rakan sahabat handai yang lain..
moga2 dengan kejayyan yang Engkau kurniakn ini
dapat kami berbakti kepada agama, keluarga dan masyarakat..
ameennnnnnn...

p/s best of luck kepada yang akan menghadapi final semestar.. semoga kita semua grad dengan cemerlang!!
              "14/3/2012" tarikh bermula percaturan kejayaan untuk menggenggam segulung diploma..

Monday, January 16, 2012

mana satu pilihan terbaik??

dear blog..

Ya Allah bantulah hambaMU ini..
sesungguhnya hambaMU tersepit diantara dua, mugkin tiga pilihan atau empat,
yang dihamparkan dihadapannya sehinggakan tidak berdaya untuknya
melakukan satu pun keputusan mahupun pilihan.

Ya Allah bantulah hambaMU ini..
bantulah dia dalam membuat keputusan serta pilihan yang tepat
baik untuk dirinya, baik juga untuk keluarganya dan
paling utama baik juga untuk agamanya..

Ya Allah bantulah hambaMU ini..
kurniakan lah padanya fikiran yang waras,
fikiran yang rasional dalam percaturan yang bakal diputuskan,
fikiran dan pertimbangan yang wajar serta sedalam mungkin untuk menentukan
perjalanan kehidupannya di masa hadapan kelak.

Ya Allah bantulah hambaMU ini..
moga pilihan yang bakal dilakukan adalah seiring dengan pilihanMU Ya Allah..
moga dengan pilihan itu dapat menjaga aku di dunia dan akhirat.
moga dengan pilihan itu juga, dapat aku berjasa kepada keluarga
moga dengan pilihan tersebut dapat ku sumbang bakti kepada negara, bangsa
dan paling utama kepada AgamaMU Ya Allah..
bantula aku hambaMU yang sangat lemah ini Ya Allah..

p/s : kebuntuan untuk memilih course sambng degree and uni pilihan slain uitm..

Saturday, January 14, 2012

tenggelam di lautan dalam

 
oh hati..
hari ini kau begini hari esok kau begitu. semalam kau macam tu.
hari ini gelora mu sekencang ombak yang menampar tepian pantai.
semalam, gelora mu umpama setenang air tanpa buaya.
esok, tidak pasti keadaanmu bagaimana.
adakah ianya sehangat bakaran api??



oh hati..
kau sering berubah, kau sering bertukar janji yang dah dipahat.
mengapa ini terjadi?
mengapa ini berlaku?
hanyamulah yang ada jawapannya



oh hati..
adakala kau semat perasaan bahagia dan gembira dalam diriku
adakala kau titipkan rasa cinta dan kasih sayang dalam diriku
ada tika nya pula kau selitkan rasa kecewa, sedih dan duka dalam diriku.
semua ini kau jadikan sebagai rencah dalam diriku untuk menjalani kehidupan seharian.
 


oh hati..
 
tika kamu gelisah, bagaimana cara untuk aku tanganinya?
tika kamu brduka bagaimana cara untuk aku hadapinya?
tika kamu bergembira bagaimana cara untuk aku menikmatinya?
tika kamu terisi dengan cinta bagaimana cara aku merasanya?
tika kamu di hambat kekecewaan bagaimana cara aku menyelesaikannya?
tika kamu berasa kekosongan bagaimana cara aku boleh mengisinya?
tika kamu berasa keseorangan bagaimana cara aku boleh menemaninya?
 
 
 
 
 
 
oh hati..
terlalu banyak cabaran dan dugaan yang kau hadapi..
mampukah kau menanggungnya?
betapa beratnya kau hati sehingga x tertampung aku memegangmu.
 air mata ku lepaskan sebagai cara meringankan beban tanggungan mu wahai sang hati.
 kata-kata halus aku titipkan buat mu sebagai pembakar semangat supaya kamu tetap terus bertahan, bertahan dan terus bertahan.

oh hati..
bersabarlah kamu
bertenanglah kamu
berbahagialah kamu
dalam semua perkara.
peliharalah kesucian dan
ketulusan serta keluhuranmu.

oh hati..
damailah kau di dalam ku.
akan kujagamu sehingga derap nafas terakhirku..

p/s: jagalah hati mu dengan sentiasa berzikir kepadaNYA kerna hatimu akn sentiasa kelaparan serta dahaga tanpa zikir kepadaNYA..